Header Ads

Pertandingan Nasyid Sempena Pesta Ria SSeMJ 2017

Pertandingan Nasyid Sempena Pesta Ria SSeMJ 2017

Pertandingan Nasyid Sempena Pesta Ria SSeMJ 2017


SYARAT PERTANDINGAN

1.1 Menengah (diutamakan murid bukan kelas peperiksaan - tingkatan 1, 2 & 4)
1.1.1 Sembilan orang peserta lelaki sahaja dalam satu kumpulan dan
1.1.2 Sembilan orang peserta perempuan sahaja dalam satu kumpulan.
1.2 Peserta akan menyampaikan nasyid mengikut giliran yang telah diundi semasa taklimat diberikan.
1.3 Setiap kumpulan diperuntukkan masa selama 10 minit bagi menyampaikan nasyid untuk dua buah lagu.
1.4 Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan dua buah nasyid.
1.4.1 Nasyid pertama : Berbentuk bebas. Senikata mengandungi unsur-unsur dakwah @ selawat ke atas Nabi.
1.4.2 Nasyid Kedua : Lirik CIPTAAN SENDIRI dan disampaikan dalam Bahasa Melayu. berirama bebas, berbentuk kontemporari moden dan lirik lagunya berunsur dakwah.

Tema - menyerlah potensi, memantap ukhuwah

1.5 Alat-alat muzik yang dibenarkan adalah kompang, gendang, bonggo, kongga, tamborin, marakas dan lain-lain jika perlu. Alat muzik yang bertali dan bantuan dari alat rakaman ( minus one ) adalah tidak dibenarkan.
1.6 Kiraan masa bermula semasa peserta member salam.
1.7 Peserta hendaklah memakai pakaian yang kemas, bersesuaian dan menutup aurat.
1.8 Tarikh tutup penyertaan pada 17 Oktober 2017.
1.9 Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM40 untuk satu kumpulan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila download borang syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan di bawah.

No comments