Header Ads

PERTANDINGAN ZAPIN JOHOR KATEGORI SEKOLAH RENDAH PESTA RIA 2017

PERTANDINGAN ZAPIN JOHOR KATEGORI SEKOLAH RENDAH PESTA RIA 2017


PERTANDINGAN ZAPIN JOHOR KATEGORI SEKOLAH RENDAH 


Pertandingan ini adalah anjuran oleh Panitia Seni tari Sekolah Seni Malaysia Johor sempena Pesta Ria 2017.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
 

  1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada murid-murid dari sekolah rendah di seluruh Johor sahaja.
  2. Setiap kumpulan perlulah membayar yuran penyertaan sebanyak RM50.
  3. Setiap kumpulan dianggotai minimum 8 orang hingga maksimum 12 orang tidak termasuk 2 orang guru pengiring.
  4. Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran


TARIAN

  1. Tarian yang dipersembahkan mestilah berasaskan Tarian Zapin Johor yang terdapat dalam Negeri Johor sahaja.
  2. Setiap kumpulan terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 pasang penari dan tidak melebihi 6 pasang penari.
  3. Setiap persembahan mesti mengandungi bahagian Takzim Masuk, Kopak, Ragam Wainab danTaksim Keluar
  4. Masa persembahan tidak boleh kurang dari 5 minit atau tidak melebihi 10 minit.
  5. Tarian Zapin adalah TRADISONAL @ ASLI dan BUKAN gerak tari KONTEMPORARI / KREASI BARU.


 MUZIK

  1. Sebarang bentuk muzik elektronik, sintiszer Sampler dan Muzik komputer tidak dibenarkan sama sekali.
  2. Lagu-lagu Zapin yang berwatakan zapin Johor.
  3. Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan CD atau pendrive
  4. (Instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan tetapi masih Mengekalkan rentak asal zapin)


BUSANA

  1. Semua peserta mestilah memakai busana dan tatarias Tradisional Melayu Johor sahaja atau Busana asli Zapin Johor sahaja.
  2. Sebarang pindaan, adaptasi atau rekaan Baharu Busana Tradisional adalah tidak dibenarkan.
  3. Tidak dibenarkan memakai alas kaki.


Download Syarat-syarat dan Borang Pertandingan Tarian Zapin di BAWAH.



No comments